by Prince Ayri

Cabaran ekonomi semasa !

Assalammua’laikum wbt.

Lama Ayri tak update blog ni…:)

Siapa sangka akhirnya ada masa untuk berbuat demikian… setelah sibuk dengan perkara lain tetibe saja rase rindu nak taip blog. Banyak perkara yang nak diterjemahkan ke dalam Warm Bite Blog setelah berpengalamanĀ melalui liku-liku hidup ini. Ada perkara baik, perkongsian dan berita-berita istimewa yang perlu dicatatkan tetapi perlu memakan masa untuk taip kesemuanya :)

Dan yang terbaru mengenai cabaran ekonomi semasa. Apa yang perlu dilihat adakah ia menunjukkan sesuatu yang bagusĀ atau sesuatu yang kurang menyenangkan? Apa pendapat warmbiters sekalian? :)

Kerisauan keadaan ekonomi telah lama berlaku. Tetapi apa perancangan kita menghadapi cabaran ini. Bukan mudah untuk melepasi cabaran ini untuk tahap yang selesa kerana rata-rata orang juga mengalami situasi yang sama dan saling bersaing untuk mencapai matlamat masing-masing.

www.blog.warmbite.com

Cabaran Ekonomi Semasa

Rileks… Cool… how can be like that !

Serba salah kadang bila orang suruh kita rileks dan cool dalam keadaan fikiran kita yang sibuk memikirkan masalah ni. Tapi kadang betul jugak, bila kita gelabah dan kalut bukan boleh selesaikan masalah pun, lagi teruk jika terjadi sesuatu yang lebih buruk… hmm. Masalah perlu diselesaikan, bukan perlu lari dari masalah. Betul kan?

Kena pulak bijak menyelesaikan masalah…

So, sama-sama kita berusaha memperbaiki ekonomi dan amalkan apa yang baik untuk mengukuhkan ekonomi kita iaitu dengan berniaga. Sambil mengamalkan sunnah sambil mendapat manfaat 9/10 dari rezeki. Nanti Ayri ceritakan lagi mengenai kelebihan berniaga dan sedikit ilmu yang akan dititiskan :)

 

Tunggu yep…

 

 

 


Bercuti di Cameron Highlands part 2

Alhamdullillah!

Setelah lama menyepi update post dalam blog ni, kini Ayri tunaikan apa yang telah diberitahu untuk post entri berkaitan tajuk di atas sambungan dari –> Bercuti di Cameron Highlands part 1 <–

Walaupun sudah lama pergi ke Cameron Highlands, tetapi suasana nyaman, romantis, tenang, segar dan seronok masih terasa sehingga kini dan begitu sukar dilupakan. Yang menariknya perasaan itu dapat dikongsi bersama pengunjung Warm Bite Blog melalui gambar-gambar yang Ayri kongsi. Ini antara kenangan manis semasa Ayri melancong dalam negara sendiri.

Berikut merupakan gambar-gambar yang ditangkap… enjoy :)

Cameron Highlands 26

Cameron Highlands 26 [www.blog.warmbite.com]

Lihat pasu bunga tergantung disusun kemas mengikut jenis tumbuhan dalamnya. Memang kemas dan cantik :)

Banyak tempat/kedai di Cameron Highlands ni yang memilliki konsep sebegini, cantik betul… (continue reading…)


Lagi 9 hari lagi dah nak raya :)

Assalammualaikum WBT.

Setelah sekian lama Ayri tak update blog (setahun lebih), akhirnya pagi ni tergerak hati untuk lepaskan rindu menaip blog at least dengan satu post.

 

Bila kerja selalu di tangguh nampaknya memang tak menjadi, hari ini kata esok. Esok kata lusa. Last-last dah setahun lebih… hehe

 

Suasana pilu sekarang ni menyebabkan kita terfikir dan tersedar banyak perkara. Kerana segala yang diterima datang dalam keadaan yang tidak disangka. Begitulah yang terjadi, yang pasti mengejutkan rakyat Malaysia seperti kes kehilangan pesawat MH370 dan terbaru pesawat penumpang MAS iaitu MH17 pula ditembak jatuh di Ukraine bersempadan dengan Russia. Siapa sangka perkara sebegini akan berlaku melibatkan Malaysia? Dan ianya telahpun berlaku…

 

Dah bersawang blog aku

Dah bersawang blog aku [www.blog.warmbite.com]

Isya’allah… Ayri akan cuba acap kali post-post entri yang menarik kerana sepanjang masa dalam “hibernate” ni banyak benda yang menarik hendak dikongsikan untuk anda. Keep in touch :)

 


Jambatan Pulau Pinang rosak.

Petang kelmarin balik kerja melalui Jambatan Pulau Pinang. Seperti biasa pukul 5 lebih kenderaan agak banyak dari pulau menuju ke tanah besar dan trafik masih lancar.

Terperasan juga di lorong bersebelahan kenderaan dari tanah besar menuju ke pulau bergerak dengan sangat perlahan. Ingatkan ada kemalangan yang berlaku tetapi sebenarnya bukan.

Ayri tiba di Seberang Jaya masih mendapati haluan bertentang jem teruk. Inilah masalah di Pulau Pinang ni, bila berlaku sesuatu di atas jambatan mesti jalan jem punya, tak kiralah kemalangan ke, time nak cuti ke. Jika tiada kemalangan pun kenderaan masih bergerak perlahan kerana kesesakan, inikan pula bila terjadi sesuatu.

Bila sampai rumah, Ayri buka facebook baru tahu rupanya ada sedikit kerosakan yang berlaku pada penyambung jambatan. Disusuri pula berita di televisyen malam tadi yang turut mengesahkannya.
Alamak !!! macammana nak pergi kerja esok?

Selamat jambatan tak tutup terus, cuma tak semua lorong dibuka. Tapi kesan dari kerosakkan ini menyebabkan kenderaan sesak dan jem sejauh lebih kurang 6 kilometer dari tol jambatan.

Pagi tadi masa nak pergi kerja Ayri tengok kat jambatan tu macam sesak sedikit. Mujur tiada apa-apa masalah, semuanya sudah OK cuma berlaku kesesakan biasa saja. Kawasan yang dikatakan rosak tu sudah siap dibaiki olek pihak pengurusan Jambatan Pulau Pinang.

Bukan senang perkara sebegini berlaku. Ayri harap ia tak berulang lagi :)


Tuesday’s word…

Kebenaran itu pahit untuk diterima, tetapi kesilapanlah yang akan menghancurkannya!


Hak cipta terpelihara. Segala isi kandungan di dalam blog ini tidak boleh disalin semula, dicetak atau diambil tanpa mendapat keizinan bertulis dari Admin.
Warm Bite Blog theme by Prince Ayri | Powered by WarmBite Marketing