Assalammua’laikum.

Seronok dapat pergi ke Tanjung Dawai, Kedah. Jarak perjalanan dari Permatang Pauh ke sana lebih kurang 60 kilometer, ikut jalan pekan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan . Tujuan pergi ke sana kerana hendak dapatkan ikan masin dan sotong kering dalam kuantiti yang banyak. Kenapa pergi jauh ke sana? Sebab… ikan masin dan sotong kering disana lebih murah dan segar.

Di bawah ni adalah peta lokasi yang diambil melalui Google maps.

Peta Tanjung Dawai [www.blog.warmbite.com]
 

Ayri tiba di lokasi pertama di Arked Tanjung Dawai, iaitu bangunan di mana hasil laut yang telah di awet diurusniaga disitu.

Tanjung Dawai [www.blog.warmbite.com]

 

Masa Ayri sampai disana, ramai pengunjung lain juga yang datang dan kelihatan tempat parking juga penuh. Nasib Ayri baik kerana setibanya disitu ada sebuah kereta keluar dari tempat parking dan Ayri terus memandu kereta untuk parking di tempat tersebut. Masuk dalam Arked Tanjung Dawai saja mata dah mula jadi rambang tengok banyak hasil laut yang telah di awet untuk di jual.

Tanjung Dawai 2 [www.blog.warmbite.com]
 
Tanjung Dawai 3 [www.blog.warmbite.com]
 

Ikan masin, ikan bilis, sotong kering, udang kering dan keropok ikan yang siap dibungkus pun ada.

Tanjung Dawai 4 [www.blog.warmbite.com]
 
Tanjung Dawai 5 [www.blog.warmbite.com]
 

Best la shopping disini. Tengok ikan talang masin & sotong kering ni, memang murah dan segar. Barang yang di jual mengikut timbangan pun ada. So boleh la pilih dulu sebelum membeli.

Tanjung Dawai 6 [www.blog.warmbite.com]
 
Tanjung Dawai 7 [www.blog.warmbite.com]
 

Selain tu, disini ada juga jual sate ikan, jeruk dan makanan ringan lain. Lagi bertambah meriah dengan adanya jual makanan ringan sebegini.

Tanjung Dawai 8 [www.blog.warmbite.com]
 

Tak lupa juga hasil ikan seperti keropok lekor basah. Memang bermutu keropok lekor disini. Selalunya keropok lekor lain dibuat dengan melebihkan tepung dan akan rasa hilang keasliannya. Tetapi disini kualiti keropok lekornya begitu tinggi dan terasa keasliannya serta sedap di makan.

Tanjung Dawai 9 [www.blog.warmbite.com]
 

Lihat pemandangan luar dari dalam bangunan Arkeb Tanjung Dawai.

Tanjung Dawai 10 [www.blog.warmbite.com]
 
Tanjung Dawai 11 [www.blog.warmbite.com]
 

Banyak juga barang yang Ayri beli sampai hampir penuh tempat duduk belakang kereta. Dalam perjalan pulang terfikir hendak singgah makan di kedai kakak kepada kawan Ayri yang berniaga di sekitar Tanjung Dawai. Malangnya beliau tidak membuka kedainya pada hari ini. Jadi singgah di tepi pantai Tanjung Dawai melihat orang-orang disitu sambil menyuci mata dengan melihat keindahan alam.

Tanjung Dawai 12 [www.blog.warmbite.com]
 
Tanjung Dawai 13 [www.blog.warmbite.com]
 

Puas dengan aktiviti hari ini di Tanjung Dawai. Lain kali hendak datang lagi dan nak beli barang banyak lagi kerana bukan selalu boleh datang ke sini. Seronoklah dapat jalan-jalan macam ni.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...