Pernah dengar tentang Ladang Anggur di Tasik Beris? Lokasi tempat ni terletak di Sik, Kedah Darul Aman. Pada mulanya Ayri sangka kawasan Sik ni tiada tempat yang menarik untuk dilawati disebabkan kedudukannya agak jauh dari bandar besar. Pernah juga ke Baling untuk mandi kolam air panas, semasa dalam perjalanan ke sana akan melalui Sik terlebih dahulu.
Terungkai sudah bahawa terdapat satu kawasan pertanian yang mengusahakan tanaman anggur di kawasan Tasik Beris, daerah Sik. Dengan kemajuan teknologi pertanian yang ada, tak mustahil negara Malaysia yang dua musim pun boleh menanam anggur. Lagipun kawasan ni masih segar dan tidak tercemar dengan masalah persekitaran.
Gambar di atas ni sebagai intro. Pemandangan dia memang terbaik. Apa macam? Menarik takOK, lepas ni Ayri selongkar sedikit sebanyak pasal Ladang Anggur di Tasik Beris ni. Jika di kira perjalanan dari pekan Sik menuju ke tempat ini mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk sampai dengan kereta. Tak jauh sangat pun, keadaan jalan juga baik dan tiada masalah untuk tiba dengan selamat.
Ni gambar yang di ambil dari atas jalan. Nampak tak ada kereta disitu? Itulah tempat parking kereta untuk staff dan pengunjung yang datang.Kita zoom lagi eaaa….
Hiasan dan kreativiti dihadapan ladang anggur ni pun sudah dapat memberikan ketenangan dan kedamaian dari alam sekitar. Udara yang segar di sini juga menenangkan minda Ayri dan pasti juga dinikmati pengunjung lain yang hadirApa macam? Best tak tempat nih? Hehe… Kalau korang lalu area-area nak dekat dekat dengan Sik nih jangan lupa singgah pula. Rugi ooOOooOoo kalau dah dekat sini tapi tak singgah pula, bukan setakat dapat rasa anggur yang fresh, pemandangan sekeliling disini juga sangat menarik.
Dari cakap-cakap orang mengatakan Tasik Beris ini merupakan sebuah kawasan perkampungan pada masa dahulu. Disebabkan tanah di kawasan sini agak rendah berbanding kawasan di sekitarnya, kerajaan telah mengambil tanah kawasan ini dan menjadikannya kawasan tadahan air lalu menjadi tasik. Penduduk asal Tasik Beris pula dipindahkan ke tempat lain dan diberi pampasan oleh kerajaan pada masa itu. Kesahihan cerita tersebut tak dapat Ayri sahkan, cuma dengar-dengar macam tu je la.Kawasan ini dibangunkan sebagai kawasan pertanian. Sebuah jambatan turut dibina untuk melintas Tasik beris dan jalan tersebut boleh terus menghala ke Kuala Nerang iaitu kawasan ter Utara di Kedah.
Ayri berasa tenang semasa berada di tempat ni. Apabila Ayri kembali bekerja di Penang, mesti teringat nak datang semula ke sini. Hidup di kota berasa stress, tapi nak buat macam mana itu kan tempat mencari rezeki. Yang pasti Ayri sudah kongsikan tempat ini dengan pembaca blog di Warm Bite BlogHidup mesti happy happy yep
![Ladang Anggur Tasik Beris [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 2 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 2 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-2-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 3 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 3 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-3-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 4 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 4 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-4-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 5 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 5 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-5-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 6 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 6 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-6-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 7 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 7 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-7-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 8 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 8 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-8-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 9 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 9 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-9-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 10 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 10 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-10-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 11 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 11 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-11-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 12 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 12 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-12-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 13 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 13 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-13-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 14 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 14 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-14-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 15 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 15 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-15-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 16 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 16 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-16-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 17 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 17 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-17-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 18 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 18 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-18-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 19 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 19 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-19-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 20 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 20 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-20-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 21 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 21 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-21-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 22 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 22 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-22-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 23 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 23 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-23-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 24 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 24 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-24-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 25 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 25 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-25-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 26 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 26 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-26-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 27 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 27 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-27-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 28 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 28 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-28-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 29 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 29 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-29-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 30 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 30 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-30-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)
![Ladang Anggur Tasik Beris 31 [www.blog.warmbite.com] Ladang Anggur Tasik Beris 31 [www.blog.warmbite.com]](http://www.blog.warmbite.com/wp-content/uploads/2012/02/Ladang-Anggur-Tasik-Beris-31-www.blog_.warmbite.com_-500x375.jpg)


February 24th, 2012 on 7:35 pm
Wah indahnye, nampak anggur2 tu sedap je segar. Terbaiklah!
February 27th, 2012 on 11:46 pm
tak pernah sampai ke sana lagi
March 21st, 2012 on 9:03 am
pernah pegi kedah , tapi tak pernah sampai ladang ni ..
March 21st, 2012 on 1:51 pm
sedapnyeeeeee anggur. berkilat kilat. huhu.
March 21st, 2012 on 8:21 pm
Anggur tu boleh petik ker?
May 27th, 2012 on 2:46 pm
Punya cantik kawasan ladang anggur ni ye … ble difikirkan untuk melawat ke sana nanti
September 19th, 2012 on 2:51 pm
dekat jer dgn kg saya..mmg cantik tempat nie..tenang aje. sesape yg stress tue bolehla dtg ke sini amik udara segar sbb ianya jauh dari pekan n tak sibuk. buah anggur tu xbole petik just bole bgambar jer…kalo nak, kena beli lerr…huhu. kalo sesapa yg minat memancing pun bole mancing kt atas jmbatan dkt ngn ladang anggur ni..
February 7th, 2013 on 5:50 am
Pemandangan dalam ladang anggur. Fasa pertama ditanam dengan 1,000 pokok di kawasan seluas 1.6 hektar. Projek ini dimulakan pada tahun 2007 dengan modal RM500,000.