Tag: disember

Baucer Tesco RM10

Baru ni dapat SMS dari Tesco tentang baucer RM10 untuk ahli Tesco Clubcard.

Ayri dapatkan baucer tersebut melalui laman web Tesco Malaysia dan boleh print keluar.

Jika nak gunakan baucer tersebut kenalah berbelanja RM100 dan keatas. So Ayri tak lepaskan peluang ni begitu sahaja. Tempoh sah menggunakan baucer ini adalah pada 28 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011. Satu baucer sah untuk satu transaksi sehari.

Baucer Tesco RM10 [www.blog.warmbite.com]

Baucer Tesco RM10

Kelmarin 28 Disember 2011 dah guna sekali baucer ni. Hari ni pun guna lagi. Dah jimat total RM20 tambah lagi dengan Tesco Clubcard point yang boleh redeem baucer tunai pula nanti. Cuma print dan beri baucer tersebut pada cashier masa nak bayar tu. Untung kan !  :)


Lori balak

Lori Balak [www.blog.warmbite.com]

Lori Balak

Malam-malam memandu cukup risau bila kena follow belakang lori balak nih. Nak potong pun susah, dah la jalan kampung cuma satu lorong bagi setiap hala, bukannya nampak kenderaan kat depan tu dan lori balak ni biasanya panjang. Jalan pula bukannya lurus saja, siap corner-corner lagi. (continue reading…)


Lagi 6 hari dah nak bonus “,

Menghitung hari…

Tak sabar rasa nak shopping End Year nih.

Bonus [www.blog.warmbite.com]

Bonus

Ini adalah satu kelebihan  untuk orang yang bekerja. Tiap-tiap bulan masuk duit. Masa belajar dulu tak sabar-sabar nak kerja.

Dah tiba hujung tahun ni ada pula bonus. Kalau ada anak-anak yang bersekolah, bonus tersebut boleh digunakan untuk membeli baju sekolah anak-anak serta untuk bayaran yuran persekolahan mereka.

Bagi Ayri, bonus ni di kira untuk bershopping sakan atau untuk simpanan sahaja.

Seronoknya    “,


Malaysia kini

Assalammua’laikum.

Pernah tak korang tengok video orang rompak di restoran mamak dalam youtube? Semasa rompakan itu berlaku, laptop dan beg duit pelanggan juga di ambil oleh pencuri tersebut.

Tadi Ayri lepak kejap kat restoran Kassim Mustafa di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Malam-malam ni rasa lapar le pulak. Bawa sekali laptop nih, ingat nak test speed P1 4G juga kat area situ and nak blogwalking sket. Ramai orang juga masa duduk disitu, so tak banyak pilihan tempat duduk. Ayri pergi ke meja yang berada di kaki lima restoran tersebut. Disitu juga merupakan laluan perjalan kaki. Ramai orang akan lalu-lalang disitu.

Bila dah tengok video rompakan di restoran mamak nih rasa fobia la pulak. Walaupun berlaku kat tempat lain, tak mustahil akan berlaku disini juga. Kang tak pasal-pasal orang letak parang kat leher kew, iskhhh gerun. Nak main laptop tak senang macam nih. Mata dok jeling-jeling kiri kanan mana la tahu ada yang dah standby nak datang and bawak lari laptop nih. Arrrgghhhhh… nak men laptop pun tak senang nih. Otak dok fikir macam-macam dah, yang negatif saja difikirnya.

Sayang sungguh Ayri kat laptop nih. Nak beli bukan senang cari duit ooii. Kalau kena curi nanti free-free kena beli baru pula, habis la duit. Orang-orang disini pun dok perhati Ayri saja. Pelik ja tengok kat Ayri, bukan perasaan, tapi kenyataan. Yang lalu lalang kat situ pon dok perhati juga. Apa yang tak kena nih? Ayri tengok kat meja lain takda sorang pun yang bawa laptop. Risaunya..!

Lepas blogwalking sket tadi kemudian test speed P1 4G and resultnya kawasan nih tak beberapa laju internetnya (lebih kurang 2mbps download). Mungkin kawasan tu dikelilingi bangunan besar yang menghalang signal kowt rasanya. Disebabkan hati tak beberapa senang, so macam biasa lebih baik men internet kat rumah saja. Lagi aman :)

Sampai kat rumah terus buka Facebook dulu. Then ternampak kawan Ayri post gambar ni. Masa ni kawan Ayri tu ada di Skudai, Johor. Dia terlibat dengan projek final disana untuk degree Elektrik dan belajar secara part time di kampus cawangan Pulau Pinang under UTM Skudai, Johor.

Robot Toilet [www.blog.warmbite.com]

Robot Toilet

Apa kes? Haha…

Dalam toilet pulak tu. Dah macam robot tengok binatang nih. Buat dari besi jenis stainless steel pulak tu, besi ni dah la mahal dan tahan karat.

Tengok la kan, dah sampai tahap macam ni, mana letaknya sivil? Kecurian selalu berlaku sampai ada yang ketakutan atau fobia dengan kes-kes begini. Tak tahu sampai bila akan jadi begini. Lagi maju kita sepatutnya lebih menyenangkan, tetapi nampaknya makin tak bertamadun. Sampaikan besi dalam toilet pun ada orang nak curi. Kalau dah takda besi ni air pun kena tutup kalau tak nanti bocor merata-rata. Last-last guna timba nak curah air. Mana majunya?


Tanjung Dawai

Assalammua’laikum.

Seronok dapat pergi ke Tanjung Dawai, Kedah. Jarak perjalanan dari Permatang Pauh ke sana lebih kurang 60 kilometer, ikut jalan pekan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan . Tujuan pergi ke sana kerana hendak dapatkan ikan masin dan sotong kering dalam kuantiti yang banyak. Kenapa pergi jauh ke sana? Sebab… ikan masin dan sotong kering disana lebih murah dan segar.

Di bawah ni adalah peta lokasi yang diambil melalui Google maps.

Peta Tanjung Dawai [www.blog.warmbite.com]
 

Ayri tiba di lokasi pertama di Arked Tanjung Dawai, iaitu bangunan di mana hasil laut yang telah di awet diurusniaga disitu.

Tanjung Dawai [www.blog.warmbite.com]

 

Masa Ayri sampai disana, ramai pengunjung lain juga yang datang dan kelihatan tempat parking juga penuh. Nasib Ayri baik kerana setibanya disitu ada sebuah kereta keluar dari tempat parking dan Ayri terus memandu kereta untuk parking di tempat tersebut. Masuk dalam Arked Tanjung Dawai saja mata dah mula jadi rambang tengok banyak hasil laut yang telah di awet untuk di jual. (continue reading…)


Copyright © 2010-2014 Warm Bite Blog. All rights reserved.
Warm Bite Blog theme by Prince Ayri | Powered by WarmBite Marketing